Followers

Saturday 1 December 2012

Wuduk Untuk Kesihatan




Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Terapi Wuduk
Matlamat utama wuduk untuk mendorong kita menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah dan batiniah. Kita perlu tahu kesan positif dalam ibadat Islam iaitu wuduk. Banyak Hadis Rasulullah menerangkan tentang fadhilat atau kelebihan wuduk. Antara Hadis yang disebutkan adalah mengenai cahaya dari muka orang yang bewuduk itu akan menerangi hidupnya sewaktu di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh dikaitkan pula dengan penyucian dosa.

Wuduk juga berkaitan dengan amalan yang dilakukan untuk mendorong kesihatan kepada orang yang mengamalkannya. Wuduk adalah salah satu daripada perlakuan suci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk dapat memastikan diri sentiasa berada dalam yang bersih ataupun kebersihan pada anggota wajib iaitu tangan, muka dan kaki. Penilaian yang dilakukan oleh syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak H1N1, tentang kebersihan diri. Pancaindera dalam wuduk seperti membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung berkaitan dengan kebersihan menangani wabak H1N1 tersebut.

Selain daripada itu, sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, tangan hingga siku. Seseorang yang berwuduk disunatkan pula berkumur-kumur dan melakukan istinsyak iaitu menyedut air ke hidung dan menghembuskan kembali kerana dapat menyucikan rongga hidung. Rasulullah s.a.w. mengesyorkan umat Islam melakukan amalan sunat seperti membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum kita membuat sebarang pekerjaan sebaik bagun dari tidur.

Pakar perubatan dan ilmuan Islam mengambil kesempatan terhadap penularan wabak H1N1. Dibuktikan secara saintifik amalan wuduk dalam Islam sebenarnya terapi terbaik yang menepati langkah pencegahan H1N1 yang patut dielakkan.  

1 comment:

  1. info yang berguna untuk tatapan semua.saya suka membaca setiap sudut yang dipaparkan

    ReplyDelete