Wuduk bertambah sempurna dengan beradab.
Adab-adab mengambil wuduk perlu
dijaga supaya wuduk bertambah sempurna. Mudah-mudahan amalan yang kita diterima
Allah s.w.t. Adab-adab yang perlu kita amalkan adalah:
1. Membersihkan mulut
dan gigi seperti berkumur dan bersugi sebelum
berwuduk.Bersugi
adalah disunatkan dengan menggunakan kayu sugi atau
alat sugi yang boleh membersihkan.Hadis Rasulullah
menyatakan “kalaulah
tidak kerana
menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi
pada tiap kali sembahyang.”
2. Mengambil wuduk
dengan khusyuk.
3. Disunatkan membaca
Al-Quran sesudah berwuduk sebab kita dalam
keadaan bersih dan ayat yang dibaca adalah
wahyu Allah.
4. Hendak tidur sebaiknya
dalam keadaan berwuduk. Sabda Nabi Muhammad
s.a.w, “ Sekiranya
engkau hendak ke bilik tidur, hendaklah berwuduk terlebih
dahulu sebagaimana
wudukmu untuk melakukan solat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Mendahulukan
kedudukan sebelah kanan
tahniah..perbanyakkan lagi bahan cikgu ya.. boleh dikongsi bersama.. :)
ReplyDeleteblog yg mmenarik..tahniah...bahan yg dikongsikan juga bermanfaat kepada semua..terima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDelete