Rahsia Terapi Wuduk
Perkara yang perlu dilakukan sebelum
mengerjakan solat ialah mengambil wuduk. Sudah pastinya tidak sah solat lima
waktu dengan meninggalkan wuduk. Rahsia disebalik hikmah berwuduk hanya Allah
Maha Mengetahui namun ada rahsia wuduk yang terungkap di sini.
Pakar Urat Saraf atau neurologist telah
membuktikan bahawa air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf
jari-jari tangan dan jari-jari kaki. Air wuduk berguna untuk menenangkan
fikiran.
Anggota badan yang terkena air semasa berwuduk
terdapat ratusan titik akupuntur. Titik akupuntur merupakan titik penerima
ransangan terhadap sentuhan semasa basuhan, gosokan, usapan dan tekanan atau
urutan ketika kita berwuduk. Sentuhan tersebut akan dihantar ke sel,
jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini berlaku kerana
adanya sistem komunikasi iaitu antara saraf dan hormon untuk mewujudkan
homeostasis atau keseimbangan.Titik akupuntur merupakan fenomena menarik
berkaitan dengan syariat wuduk.
|
Thanks for sharing.
ReplyDeleteTerima kasih atas info yang diberi.
ReplyDeleteTerima kasih untuk kongsi pengetahuan.
ReplyDelete