Followers

Wednesday, 12 December 2012

Mengurangkan Tekanan Perasaan



Panduan Untuk Semua


Tekanan perasaan akan menyebabkan hati kita tidak tenang atau runsing. Pelbagai tekanan biasanya akan ditempuhi ketika belajar atau bekerja. Bebanan kerja atau bebanan dalam pelajaran yang banyak boleh menjadikan seeorang itu mengalami tekanan. Tekanan dalam diri kita kadang kala mengganggu perjalanan hidup kita dan boleh memusnahkan diri. Tekanan jiwa tidak boleh dibiarkan berlarutan dan perlu diatasi mengikut cara yang betul dan niat yang ikhlas.


Tekanan perasaan boleh diatasi mengikut cara yang betul berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah bagi mendapat keredaan Allah. Terdapat beberapa tip untuk mengurangkan tekanan yang boleh diamalkan bagi mengurangkan tekanan kerja dan juga dalam pelajaran.


Membiasakan diri sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Insya Allah dapat merawat diri  dan jiwa menjadi tenang seperti sedia kala. Ambillah wuduk terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaaan. Setiap pekerjaan yang susah dapat disempurnakan dengan mudah apabila jiwa kita telah tenteram. Disarankan kepada pelajar-pelajar agar membiasakan diri dengan mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mengulan kaji pelajaran. Insya Allah setiap yang kita baca akan mudah diingati dan difahami.


Mudah-mudahan usaha yang gigih akan menghasilkan pencapaian yang baik. Bebanan tekanan yang ditanggung sebelumnya juga akan kembali pulih secara beransur-ansur dengan berkat kesabaran yang tinggi. Individu yang hidup ceria, keluarga akan bahagia, masyarakat aman damai dan negara makmur.

 

Wajah-wajah yang ceria sentiasa bermuafakat


4 comments:

  1. Tahniah,blog yang menarik dan berinformasi..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....Tahniah di atas penghasilan blog yang menarik.Muafakat membawa berkat. Ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

    Daripada :- D20112053439 ( EL-A02 )

    ReplyDelete
  3. informasi yang menarik untuk tatapan semua

    ReplyDelete