Terbit teladan di
sebalik cerita. Terbit pengajaran di sebalik tawa dan duka. Teladanilah apa
yang ada dan hiasilah dalam jiwa. Disebalik teladan ada penawar buat kita
semua. Insya Allah..
Bagaimana
Mendapatkan Rahsia Khusyuk Dalam Solat.
Cerita
teladan Islam mengisahkan seorang ahli ibadah yang sangat warak. Dia seorang
yang khusyuk dalam mengerjakan ibadah solat. Isam bin Yusuf selalu khuatir
sekiranya ibadahnya kurang khusyuk. Dia selalu bertanya kepada orang yang pada
anggapannya lebih dalam melakukan ibadah. Tujuannya semata-mata untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk kepada keadaan yang
lebih baik.
Isam dijemput untuk menghadiri satu
majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam. Isam telah menghadiri majlis yang diadakan
itu dan bertanya : “ Wahai Aba Abdurrahman, bagaimana caranya tuan solat? “
Hatim menjawab pertanyaan Isam : “ Apabila masuk waktu untuk solat maka aku
berwuduk, zahir dan batin. “
Isam bertanya, “ Bagaimanakah berwuduk
zahir dan batin itu?” Hatim menyahut pertanyaan Isam dengan berkata, “ Wuduk
zahir seperti biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air,wuduk batin
adalah membasuh anggota wuduk dengan tujuh perkara iaitu : bertaubat,
menyesali, dosa yang dilakukan, tidak tergila-gilakan dunia, tidak mencari atau
mengharap pujian orang (riya’), tinggalkan sifat berbangga, tinggalkan sifat
khianat serta menipu dan meninggalkan sifat dengki sesama insan”
Hatim berkata lagi, “ kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan, aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga pula di sebelah kananku, manakala neraka berada di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku bayangkan seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah yang terakhir bagiku , kemudian aku akan berniat dan aku akan bertakbir dengan teramat baik sekali.”
Hatim menambah lagi, “setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Isam mendengar dan menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik jika dibanding dengan Hatim.

menarik sekali cerita teladan ini dan membuatkan memberi kesedaran kepada kita untuk meningkatkan amalan.
ReplyDelete