Followers

Monday, 3 December 2012

Adab berwuduk



Wuduk yang dilakukan boleh dilakukan dengan adab-adab yang dilakukan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

                                     



1.        Mengadap arah kiblat, kerana kiblat merupakan arah yang paling utama.
2.       Berdiri di tempat tinggi bagi mengelakkan terkena percikan sisa air wuduk
           yang telah digunakan.
3.       Hendaklah menjimatkan air kerana perbuatan membazir adalah makruh dan
            merupakan sebahagian daripada perbuatan syaitan.
4.       Tidak bercakap dengan orang lain.
5.       Bagi orang yang memakai cincin hendaklah menggerakkan-gerakkan atau
            membuka
            cincin supaya air dapat sampai di celah jari yang terlekat cincin.
6.       Menggunakan tangan kanan ketika mengambil air untuk berkumur,
           membasuh muka dan membasuh kepala. Tangan kiri digunakan untuk
           membuangkan kotoran seperti hingus di dalam hidung.
7.       Melebihkan basuhan muka, kedua tangan dan kedua kaki mengikut batas
           yang telah ditetapkan.
8.       Memasukkan jari manis yang dibasahi dengan air ke dalam lubang telinga
           untuk dibersihkan.
9.       Melaksanakan wuduk sebelum masuk waktu bagi orang yang tidak uzur.
10.     Membaca syahadah dan doa setelah selesai berwuduk.
               

1 comment:

  1. ilmu yang dapat dikongsi bersama.Usaha yang baik dan bersungguh-sungguh.tahniah dan semoga berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete