Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Terapi Wuduk
Matlamat
utama wuduk untuk mendorong kita menyucikan diri, sama ada dari kekotoran
lahiriah dan batiniah. Kita perlu tahu kesan positif dalam ibadat Islam iaitu
wuduk. Banyak Hadis Rasulullah menerangkan tentang fadhilat atau kelebihan
wuduk. Antara Hadis yang disebutkan adalah mengenai cahaya dari muka orang
yang bewuduk itu akan menerangi hidupnya sewaktu di alam barzakh. Titisan air
wuduk dari anggota yang dibasuh dikaitkan pula dengan penyucian dosa.
Wuduk
juga berkaitan dengan amalan yang dilakukan untuk mendorong kesihatan kepada
orang yang mengamalkannya. Wuduk adalah salah satu daripada perlakuan suci
dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk dapat memastikan diri sentiasa
berada dalam yang bersih ataupun kebersihan pada anggota wajib iaitu tangan,
muka dan kaki. Penilaian yang dilakukan oleh syor badan kesihatan dunia dalam
menangani penularan wabak H1N1, tentang kebersihan diri. Pancaindera dalam
wuduk seperti membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung berkaitan dengan
kebersihan menangani wabak H1N1 tersebut.
Selain
daripada itu, sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk,
tangan hingga siku. Seseorang yang berwuduk disunatkan pula berkumur-kumur
dan melakukan istinsyak iaitu menyedut air ke hidung dan menghembuskan
kembali kerana dapat menyucikan rongga hidung. Rasulullah s.a.w. mengesyorkan
umat Islam melakukan amalan sunat seperti membasuh tangan dan menyucikan rongga
hidung sebelum kita membuat sebarang pekerjaan sebaik bagun dari tidur.
Pakar
perubatan dan ilmuan Islam mengambil kesempatan terhadap penularan wabak
H1N1. Dibuktikan secara saintifik amalan wuduk dalam Islam sebenarnya terapi
terbaik yang menepati langkah pencegahan H1N1 yang patut dielakkan.
|
info yang berguna untuk tatapan semua.saya suka membaca setiap sudut yang dipaparkan
ReplyDelete