Followers

Saturday 1 December 2012

Rahsia Wuduk



Rahsia Terapi Wuduk

Perkara yang perlu dilakukan sebelum mengerjakan solat ialah mengambil wuduk. Sudah pastinya tidak sah solat lima waktu dengan meninggalkan wuduk. Rahsia disebalik hikmah berwuduk hanya Allah Maha Mengetahui namun ada rahsia wuduk yang terungkap di sini.

Pakar Urat Saraf atau neurologist telah membuktikan bahawa air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki. Air wuduk berguna untuk menenangkan fikiran.

Anggota badan yang terkena air semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur. Titik akupuntur merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan semasa basuhan, gosokan, usapan dan tekanan atau urutan ketika kita berwuduk. Sentuhan tersebut akan dihantar ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini berlaku kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis atau keseimbangan.Titik akupuntur merupakan fenomena menarik berkaitan dengan syariat wuduk.  

3 comments: