Followers

Thursday 6 December 2012

Masalah Wuduk Bagi Kecederaan



Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk saya meneruskan penghasilan blog mengenai wuduk. Terdapat beberapa masalah yang berlaku kepada orang yang berwuduk.     
 
Soalan  :  Bagaimanakah cara berwuduk untuk  yang anggota berbalut ?

Orang yang mengalami kecederaan mengkhuatiri anggotanya terkena air dan akan mendatangkan kecederaan yang lebih teruk atau lambat sembuh. Jika balutan boleh ditanggalkan dan tidak memudaratkan maka wajib ditanggalkan dan mengambil wuduk seperti biasa. Jika boleh mendatangkan mudarat seperti luka lambat sembuh atau bertambah sakit maka balutan tidak wajib ditanggalkan.  Balutan bagi orang cedera yang dimaksudkan adalah:

*          Muka
*          Kedua belah tangan hingga siku.
*          Sebahagian daripada kepala.
*          Kedua belah kaki hingga buku lali.

 Cara berwuduk bagi  anggota berbalut seperti berikut :

*          Wajib mengambil wuduk bagi anggota yang tidak
            mengalami kecederaan mengikut tertib.  
*          Apabila sampai ke anggota yang cedera, hendaklah
         menyapu air di atas balutan    sebagai syarat membasuh.
*          Bertayammum untuk mengharuskan solat pada 
            keseluruhan muka dan tangan dari
            hujung jari hingga siku.


3 comments:

  1. Blog yang banyak memberi panduan untuk semua dan amat amat penting bagi memahami dengan lebih mendalam tentang wuduk.Teruskan usaha.Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. topik ni bagus sebab ramai yang kurang tahu pasal ni

    ReplyDelete