Followers

Sunday 2 December 2012

Kajian Wuduk



 Kajian Sains Tentang Wuduk

Setiap syariat yang Allah telah fardukan kepada hambaNya mempunyai rahsia seperti yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk.Umat Islamdiwajibkan berwuduk sebelum melakukan solat dan disunatkan berwuduk dalam perkara lain yang ingin dilakukan seperti membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya. Apabila kita menyentuh Al-quran hendaklah berwuduk terlebih dahulu.

Mari kita menyingkap amalan wuduk dari sudut sains yang banyak terkandung rahsia dan memberi kesan kepada kesihatan seseorang. Berwuduk dapat meransang pusingan biologi manusia meliputi kawasan tertentu yang dipanggil Kawasan Aktif Biologi .Ilmu sains refleksologi banyak dikaji oleh bangsa Cina yang meyakini bahawa Kawasan Aktif Biologi diransang. Kawasan ini juga meransang system saraf di dalam badan dan memberi kesan positif kepada kesihatan manusia.

Badan manusia mempunyai lebih 700 Kawasan Aktif  Biologi  mengikut ilmu perubatan Cina. 66 daripada Kawasan Aktif Biologi mempunyai kesan positif segera jika diransang. Subhanallah.. 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk yang utama. Lima lagi kawasan berada di antara buku lali dan lutut yang di sunatkan berwuduk.

Wuduk juga terkandung penawar yang sangat ajaib iaitu mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Sentuhan sewaktu air membasahi muka dikatakan boleh meransang saraf bagi mendapatkan kekuatan baru terhadap organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing serta sistem peranakan serta saraf. Kaki kanan yang dibasuh dan digosok, ia akan meransang sistem saraf bagi kebaikan kepada system badan manusia seperti tulang, usus, pancreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang. Saraf berfungsi juga apabila kaki kiri yang dibasuh dan digosok iaitu memberi kebaikan kepada kelenjar pituitary dan kawasan otak yang bertindak mengawal sistem endoktrin.

Menurut Mukhtar Salem dalam buku yang bertajuk : “Prayers : A Sport The Soul and Body” menyatakan berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Mengikut kajian, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang yang diperolehi kesan daripada pencemaran. Oleh itu, membasuh badan melalui wuduk dapat menghilangkan dan membesihkan badan daripada kesan pencemaran itu.

2 comments:

  1. Satu informasi yang amat berguna bkn sahaja kepada murid tapi untuk yang dewasa...

    ReplyDelete
  2. memang bagus idea seperti ini supaya ramai yang mengetahui rahsia disebalik wuduk yang banyak hikmahnya.

    ReplyDelete