Followers

Monday 3 December 2012

Amalan adab berwuduk






Wuduk bertambah sempurna dengan beradab.

Adab-adab mengambil wuduk perlu dijaga supaya wuduk bertambah sempurna. Mudah-mudahan amalan yang kita diterima Allah s.w.t. Adab-adab yang perlu kita amalkan adalah:
1.        Membersihkan mulut dan gigi seperti berkumur dan bersugi sebelum
           berwuduk.Bersugi adalah disunatkan dengan menggunakan kayu sugi  atau
           alat sugi yang boleh membersihkan.Hadis Rasulullah menyatakan “kalaulah
           tidak kerana menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi
           pada tiap kali sembahyang.”

2.       Mengambil wuduk dengan khusyuk.

3.       Disunatkan membaca Al-Quran sesudah berwuduk sebab kita dalam
           keadaan bersih dan ayat yang dibaca adalah wahyu Allah.

4.       Hendak tidur sebaiknya dalam keadaan berwuduk. Sabda Nabi Muhammad
           s.a.w, “ Sekiranya engkau hendak ke bilik tidur, hendaklah berwuduk terlebih
           dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat.”   
           (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.       Mendahulukan kedudukan sebelah kanan

2 comments:

  1. tahniah..perbanyakkan lagi bahan cikgu ya.. boleh dikongsi bersama.. :)

    ReplyDelete
  2. blog yg mmenarik..tahniah...bahan yg dikongsikan juga bermanfaat kepada semua..terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete