Followers

Friday, 14 December 2012

Perkara Yang Tidak Membatalkan Wuduk


1.      Menyentuh Perempuan Dengan Berlapik

Menyentuh perempuan dengan berlapik menggunakan sesuatu seperti kain atau sarung tangan.Dalilnya :
Dari Aisyah bahawa: “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mencium seorang isterinya. Kemudian beliau mengerjakan solat tanpa berwuduk terlebih dahulu.”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, at Termizi)



2.     Keluar Darah


Keluar darah selain dari kemaluan kerana luka, bekam, hidung berdarah,sama ada sedikit atau banyak. Perkara berkenaan telah dinyatakan dalam dalil berikut:


Al-Hasan berkata: “kaum muslimin tetap mengerjakan solat, meskipun mereka dalam keadaan luka yang masih menitiskan darah,”


(Hadis riwayat Bukhari) 



3.      Memakan Daging Unta

Memakan daging unta tidak membatalkan wuduk mengikut pendapat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sebilangan besar sahabat serta tabi’in.


Dari jabir bin Samurah: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihis wa sallam: Perlukah kami berwuduk setelah memakan daging kambing? Beliau menjawab: “berwuduklah jika kamu mahu melakukannya.Namun jika kamu tidak mahu melakukannya, maka tidak mengapa.’ ‘Perlukah kami berwuduk selepas memakn daging unta?’ Tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab ,ya! Berwuduklah jika kamu memakan daging unta!.’ 


(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim) 


Berwuduk Sebelum Tidur



Amalkan Wuduk Sebelum Tidur

Dari al-Barra' bin Azib,katanya: Rasulullah 'alaihis wa Sallam bersabda," jika kamu hendak tidur, hendaklah berwuduk sebagaimana kamu hendak mengerjakan solat. Kemudian baringlah ke arah sebelah kanan dan bacalah doa:

‏اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ