Followers

Wednesday 28 November 2012

Sunat-Sunat Wuduk



Maksud sunat wuduk ialah amalan yang digalakkan supaya dikerjakan samada sebelum mengambil wuduk atau ketika berwuduk. Terdapat 10 perkara sunat sewaktu berwuduk.



1.    Membaca basmalah :
      Pada permulaan hendak berwuduk.


2.   Membasuh pergelangan tangan.
      Membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan
      sebanyak tiga kali walaupun kita yakin akan kebersihan
      tangan itu.


3.   Berkumur-kumur.
      Berkumur-kumur bagi mengeluarkan sisa makanan atau
      bau yang kurang menyenangkan dari dalam mulut.


4.    Memasukkan air ke dalam hidung.
    Cara afdal ialah menyedut air ke dalam hidung kemudian
      dihembuskan keluar.


5.    Menyapu seluruh kepala.

6.    Mengusap kedua telinga luar dan dalam.
       Mengusap kedua-dua telinga luar dan dalam serta
       memasukkan kedua-dua jari ke anak-telinga iaitu
       selepas  menyapu kepala dengan air yang baru.


7.    Menyelati jari.
       Menyelati jari tangan dan kaki, misai dan janggut yang
       tebal (misai dan janggut yang nipis wajib diselati).


8.    Didahulukan membasuh anggota yang kanan daripada
       yang kiri.

9.    Membasuh atau menyapu setiap anggota sebanyak tiga
       kali.

10.   Muwalat.
       Ertinya berturut-turut.
 


No comments:

Post a Comment