Hadith daripada Abu Hurairah RA :
Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila seorang muslim atau
mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu
segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama titisan air
yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan
oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia
membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya
bersama air atau titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala
dosa.”
No comments:
Post a Comment