Followers

Wednesday 28 November 2012

Soalan Objektif




Di sini saya paparkan soalan soalan untuk menguji minda semua pembaca budiman. Soalan ini adalah hasil daripada pemahaman saya berdasarkan tajuk tugasan yang pernah dibuat semasa semester lepas. Pada peringkat mulanya saya tidak memahami apa yang di katakan dengan Taksonomi Bloom tetapi setelah mengumpul bahan-bahan, melalui pembacaan dan dan bertanya saya dapat menghasilkan soalan-soalan mengikut aras-aras yang dinyatakan. Paling penting sekali, ciptaan saya sendiri.
  
SOALAN OBJEKTIF YANG MERANGKUMI KE SEMUA ARAS TAKSONOMI BLOOM.
 
1.         Aras pengetahuan.

            Apakah yang dimaksudkan dengan pengertian wuduk ?

            ( A )    Menghilangkan najis daripada tubuh badan
            ( B )     Meratakan anggota tertentu dengan menggunakan air mutlak        
( C )     Membersihkan qubul atau dubur dengan air mutlak
            ( D )    Menghilangkan najis daripada pakaian dan tempat

2.         Aras kefahaman.

            Antara berikut, manakah rukun wuduk ?
            ( A )    Membasuh telinga
            ( B )     Membaca Basmalah  
( C )     Membasuh muka
            ( D )    Membaca doa selepas wuduk

3.         Aras aplikasi.

Haikal memegang tangan Balqis ketika berjalan ke surau.
 
            Selesaikan  masalah yang berikut :
                      
( A )    Makruh wuduk
            ( B )     Batal wuduk
            ( C )     Sah wuduk
            ( D )    Sunat wuduk
           
 4.         Aras analisis

            Diantara tujuan berwuduk ialah ..

            ( A )    Menyentuh Al-Quran
            ( B )     Mendengar orang membaca Al-Quran
            ( C )     Mendengar lagu nasyid
            ( D )    Membaca doa
5.         Aras sintesis.
            Susunan cara berwuduk yang betul selepas niat dan membasuh muka ialah ..
            ( A )    Berkumur-kumur
            ( B )     Membasuh kepala
            ( C )     Membasuh tangan hingga siku
            ( D )    Membasuh telinga

6.         Aras penilaian.
            Apakah yang anda faham tentang faedah berwuduk ?

            ( A )    Kita akan membazir air
            ( B )     Fikiran kita akan terganggu
            ( C )     Menghapuskan dosa
            ( D )    Menjaga kebersihan diri

No comments:

Post a Comment