Kadang kala wuduk kita terbatal atas sebab yang
dinyatakan di sini. Wuduk yang terbatal boleh digantikan semula dengan wuduk
yang baru. Kita digalakkan mengekalkan wuduk sepanjang masa kerana dengan
berwuduk dapat membersihkan tubuh badan, jiwa dan tingkah laku daripada
sifat-sifat yang keji.
1. Keluar sesuatu dari salah satu daripada dua saluran kemaluan
(qubur dan
dubur) samada perkara biasa seperti angin, tahi, kencing
atau perkara
yang
tidak biasa darah, batu dan sebagainya. Air mani tidak dikira
membatalkan wuduk, hanya sekadar mewajibkan mandi hadas.
2. Tidur yang tidak tetap
punggung. Hukumnya Tidur bagi orang yang
baring
hukumnya batal samada tetap ataupun tidak, tetapi tidur
orang yang duduk
yang tetap punggungnya tidak batal wuduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk atau sakit.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik.
Tidak kira
sentuhan yang menimbulkan syahwat ataupun tidak. Maksudnya
ialah
perempuan ataupun lelaki yang ajnabi.
5. Menyentuh atau menjamah kemaluan hadapan manusia baik lelaki
atau
perempuan atau dirinya sendiri atau dengan perut tapak
tangan termasuk
perut anak jari maka terbatal wuduk. Sekiranya tersentuh
dengan
belakang tapak tangan hukumnya tidak batal
6. Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik juga
membatalkan
wuduk.
No comments:
Post a Comment