Followers

Tuesday 13 November 2012

Amali Wuduk


Assalamualaikum  buat semua yang dikasihi . Hari ini saya berkesempatan untuk memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah mengenai wuduk. Rakaman ini boleh dijadikan sebagai panduan dengan lebih dekat lagi cara-cara mengambil wuduk dengan betul.



Wuduk dimulakan dengan perlakuan sunat dahulu :

Membaca Basmalah..
Membasuh pergelangan tangansebanyak 3 kali.



 Berkumur-kumur diulangi sebanyak 3 kali


 Memasukkan air ke dalam rongga hidung diulangi sebanyak 3 kali


 Membasuh seluruh muka diulangi sebanyak 3 kali


 Membasuh tangan sehingga ke siku diulangi sebanyak 3 kali


 Membasuh ubun rambut diulangi sebanyak 3 kali


 Membasuh cuping telinga diulangi sebanyak 3 kali



 Membasuh tapak kaki sehingga ke buli lali dan diulangi sebanyak 3 kali


 Akhir sekali setelah selesai semuanya, hendaklah membaca doa mengambil wuduk.



Amali wuduk selesai dilakukan oleh adik ini dengan penuh kesabaran dan keyakinan. Nama murid ini ialah Mohamad Harith Izham Bin Mazlan, murid Tahun 1 Cerdik. Baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke tujuh pada 5 November 2012 yang lalu. Adik ini merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik lelaki.



2 comments:

  1. Mohon saya buat rujukan ye..Terima kasih atas perkongsian gambar ini...

    ReplyDelete
  2. Peperiksaan tahun 1 sekarang

    ReplyDelete