Followers

Thursday, 29 November 2012

Mutiara Hati 3



Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dengan cahaya di
    wajah, di tangan dan di kaki kerana bekas wuduk.”
                      
                                                                         -  Hadith riwayat Bukhari

Mutiara Hati 2



Dari Abi Umamah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan gugur dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila dia menanti solat, dia duduk dalam keampunan.”         

                                                                   Hadith Riwayat Ahmad

Mutiara Hati 1



Hadith daripada Abu Hurairah RA :

Bahawasanya Rasulullah S.A.W  bersabda, “ Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah  daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”

Wednesday, 28 November 2012

Soalan Peta Minda


Kelebihan Orang Yang Berwuduk



Istimewanya orang yang berwuduk,





*     Jasad seseorang akan bersih daripada kekotoran dan jiwa

       akan bersih daripada dosa.

*     Wuduk yang dilakukan dengan cermat dan sempurna

       boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan.


*     Menghilangkan kekotoran badan terutama anggota
       wuduk.



*     Mengembalikan kesegaran pada tubuh badan dan
       semangat untuk mengerjakan ibadat.

*     Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat
       yang keji.