Followers

Tuesday 16 October 2012

Wuduk




Wuduk dari segi bahasa:


menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-
anggota yang tertentu.   
                                            
Wuduk dari segi istilah syarak:

membasuh bebarapa anggota badan yang tertentu
 dengan menggunakan air dan dimulai dengan niat.



Rukun Wuduk:

Niat.
  
Niat dalam hati : 

mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solatatau niat menunaikan fardu wuduk. 

Lafaz niat wuduk : 

Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.


 Membasuh muka.

Sempadan muka yang wajib dibasuh   :

a. Tempat tumbuh rambut di atas kepala hingga ke dagu. 

b. Di antara dua anak telinga dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata dan sebagainya. 

c. Wajib melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala,ke telinga dan bawah dagu.

Memabasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku.

Ianya bermula dari hujng jari hingga lebih sedikit        bahagian atas siku.

a.  Ratakan air ke seluruh tangan termasuk ke celah-celah
     kuku. Segala kotoran perlu dibuang terlebih dahulu.


b. Pastikan tiada sebarang benda yang menghalang air
     dari sampai ke kulit.


Menyapu sebahagian kepala.

Maksudnya memadai dengan menyapu sedikit air sahaja di bahagian kepala.  

Menyapu air boleh dibuat di mana-mana bahagian kepala. 

Membasuh kaki hingga buku lali.
a. Membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas
    buku lali

b. Ratakan air ke seluruh kaki hingga buku lali termasuk
     celah-celah kuku kaki. 

Tertib.
Didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.



3 comments:

  1. Ini adalah tugasan blog pertama saya sebagai memenuhi tugasan PJJ saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memang mencabar belajar dan mengajar. Mujurlah saya dikelilingi oleh insan-insan berhati mulia seperti suami, anak-anak,ayah,adik-beradik, anak-anak saudara, saudara-mara,murid-murid,bekas-bekas murid dan kawan-kawan. Terima kasih semua atas sokongan yang di berikan.Syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. excellent....walaupun nie tugasan pertama..but ustazah berjaya buat yang begitu menarik....tahniah and good luck (:D

    ReplyDelete
  3. simple but pack with information....good

    ReplyDelete