Wuduk dari
segi bahasa:
menggunakan
air untuk kegunaan pada anggota-
anggota yang tertentu.
Wuduk dari
segi istilah syarak:
membasuh bebarapa
anggota badan yang tertentu
dengan menggunakan air
dan dimulai dengan niat.
Rukun Wuduk:
Niat.
Niat dalam hati :
mengangkat hadas kecil atau niat mengharuskan solatatau niat menunaikan fardu wuduk.
Lafaz niat wuduk :
Sahaja aku mengangkat hadas
kecil kerana Allah Taala.
Membasuh muka.
Sempadan muka yang wajib dibasuh :
a. Tempat
tumbuh rambut di atas kepala hingga ke dagu.
b. Di
antara dua anak telinga dan wajib menyampaikan air ke seluruh tempat
dan juga bulu-bulu termasuk bulu mata dan sebagainya.
c. Wajib
melebihkan sedikit had basuhan di atas kepala,ke telinga dan bawah dagu.
Memabasuh kedua-dua belah tangan hingga ke
siku.
Ianya bermula dari hujng jari hingga lebih
sedikit bahagian atas siku.
a. Ratakan air ke seluruh tangan termasuk ke
celah-celah
kuku. Segala kotoran perlu dibuang terlebih dahulu.
b. Pastikan tiada sebarang benda yang menghalang
air
dari sampai ke kulit.
Menyapu sebahagian kepala.
Maksudnya memadai dengan
menyapu sedikit air sahaja di bahagian kepala.
Menyapu air boleh dibuat di
mana-mana bahagian kepala.
Membasuh kaki hingga buku lali.
a. Membasuh lebih sedikit daripada had basuhan ke atas
buku lali
b. Ratakan air ke seluruh kaki hingga buku lali termasuk
celah-celah kuku kaki.
Tertib.
Didahulukan mengikut giliran yang ditentukan.